PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SABDA RASULULLAH SAW 'AJARLAH ANAK KAMU SOLAT APABILA USIANYA 7 TAHUN DAN PUKULLAH MEREKA SEKIRANYA TIDAK SOLAT APABILA MEREKA TELAH MENCECAH UMUR 10 TAHUN DAN PISAHKANLAH TEMPAT TIDUR MEREKA'.

Wednesday, December 8, 2010

HAK SEORANG ANAK

  1. Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
  2. Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
  3. Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
  4. Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
  5. Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
  6. Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
  7. Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
  8. Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
  9. Suburkan kecintaanku kepada Allah
  10. Didiklah daku dengan sunnah Rasullullah
  11. Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
  12. Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
  13. Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
  14. Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
  15. Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.

Saturday, November 13, 2010

Cerita dan Lagu Anak Islam - Sholatlah Nak

7M AGAR ANAK SELALU HIDUP BERSAMA AL-QURAN

01.Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orang tua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas.

02.Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD.

03.Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara.

04.Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.

05.Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna.

06.Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh.

07.Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji.

Friday, November 12, 2010

MAJLIS GRADUASI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR 2010






ALHAMDULILLAH BARU-BARU NI BERJAYA MELAKSANAKAN MAJLIS GRADUASI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR BAGI PELAJAR-PELAJAR PRASEKOLAH MUKUT.MAJLIS INI DIADAKAN PADA 9 NOVEMBER 2010 DAN SIJIL GRADUASI DISAMPAIKAN OLEH PENGERUSI PIBG SEKOLAH MUKUT ITU SENDIRI IAITI PUAN SYARIFAH ROSNAH.SEMOGA SEMUA PELAJAR YANG BAKAL MENDUDUKI TAHUN 1 PADA TAHUN DEPAN TERUS SUCCESS DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN.

ASSALAMUA'LAIKUM WBT

Alhamdulillah akhirnya berjaya mencipta satu blog bagi prasekolah Mukut.Di antara tujuan penubuhan blog ini adalah sebagai tempat berkongsi maklumat serta mencatatkan perihal yang berlaku di prasekolah Mukut.Semoga dengan penubuhan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.